Go Green Race adalah sebuah perlumbaan lasak berkonsepkan explorace atau treasure hunt dengan tema “amalan hijau”. Peserta akan mencari checkpoint yang akan diadakan disekitar kawasan Selat Klang berdasarkan klu yang diberikan dan membuat tugasan-tugasan untuk mendapatkan klu-klu yang seterusnya. Pemenang dikira berdasarkan jumlah markah keseluruhan yang diberi berdasarkan giliran tamat perlumbaan + kesempurnaan tugasan di checkpoint.
Perkataan “GREEN” atau HIJAU hari ini dikaitkan dengan amalan kehidupan yang lebih mesra alam. Ia berkait dengan pemuliharaan dan pemeliharaan alam. Ia boleh bermula dengan amalan harian seperti mengurangkan penghasilan sampah, kitar semula, cara sampah dibuang dan dilupus, penggunaan produk yang lebih mesra alam, menanam pokok dan sebagainya.
Jika anda menepati syarat-syarat penyertaan, anda perlu sertai perlumbaan ini kerana hadiahnya yang lumayan iaitu RM1,000 untuk 5 kumpulan yang pertama, RM500 untuk 5 kumpulan yang kedua dan RM250 untuk 5 kumpulan yang ketiga. Selain itu anda juga akan mendapat pendedahan asas kepada sebahagian amalan hijau secara teori dan praktikal, seterusnya secara langsung menjadikan kawasan sekitar kita lebih bersih, indah dan mesra alam. Perlumbaan ini hanya dibuka untuk 100 kumpulan pertama yang mendaftar sahaja.
Pendaftaran Terawal RM30
Biasa RM50 untuk setiap kumpulan.
Maybank
562115512961
J/kuasa penduduk (JKP) N45B
SYARAT- SYARAT PENYERTAAN
Jemput hubungi :
En. Azraee b. Hj Harun
017 312 7602
Cik Sakinah bt. Azraee
017 652 7892
Hjh. Zaharah bt. Awang
012 278 8879